MALAYSIA, TEROPONGSULSELJAYA.com,
– Fenomena air pasang besar yang mengakibatkan hampir 122 isi rumah terlibat beberapa hari lalu, sungguh meninggalkan kesan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Kejadian berlaku pada sabtu 24/12/2022 jam 01.00 pagi, Mengakibatkan ratusan rumah warga roboh.
Pengerusi NGO Persatuan Ratna Unggul ( RATU ) Sabah Puan Sanjana Awang Zainal bersama ahli, hari ini serah bantuan berupa makanan,minuman dan pakaian kepada mangsa rumah roboh di Kampung Forest serta keperluan lain yang dilihat penting ketika ini.
Katanya, setakat ini RATU Sabah tercatat 160 bungkus makanan tapau,air mineral,pakaian dll yang di bahagikan kepada mangsa.
“Sumbangan ini tidak seberapa tetapi kami berharap mampu meringankan sedikit beban dari keluarga kita yang jadi mangsa air pasang malam kemarin,” katanya.
Bantuan di serahkan kepada mangsa pada hari senin 26/12/2022 jam 10.30 pagi di SK Sungai Anib Sandakan.
Duka ini perlu dikongsi bersama agar berat bahu yang memikul terasa sedikit ringan serta kebersamaan ketika ini pasti memberikan kegembiraan buat mereka.
Namun, ketahuilah bahawa ujian ini tanda kasih sayang Allah. Lihat sahaja betapa keprihatinan pelbagai pihak tampil memberikan bantuan tanpa mengira kaum, agama dan ujian ini bukan hanya kepada mangsa-mangsa terlibat bahkan kepada semua kita.
(Azlam)